OBJEKTIF PENULISAN
- Memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling tentang keburukan mengamalkan khurafat dan syirik.
- Menjelaskan hukum mengamalkan dan mempercayai amalan khurafat dan syirik dalam kehidupan.
- Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.
KHURAFAT
DARI SEGI BAHASA
Merujuk kepada etimologi, adalah ternyata khurafat berasal dari bahasa arab kharafayakhrifu-kharfan-khurafatan.
Padanan bahasa Inggerisnya merujuk kepada supersition atau
supertitio dalam bahasa Latinnya yang membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita
bohong dongeng dan tahayul atau sesuatu hal yang tidak masuk akal atau sesuatu yang dusta
tetapi menarik (Ensiklopedia Hukum Islam, 1997) atau sesuatu cerita yang dusta tetapi
menarik (Ibnu Manzur, 1907). Menurut aspek terminologinya bererti lemah akal kerana
ketuaan atau orang yang rosak akalnya sebab nyanyuk kerana terlalu tua (Ibnu Manzur,
1907). Manakala, dalam buku kecil Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan
Akidah, JAKIM 2006, mendefinasikan khurafat ialah cerita-cerita yang mempersonakan
yang dicampuradukkan dengan pekara dusta, khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat
istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang amat bertentangan dengan ajaran Islam.
Semua pekara yang berkaitan perlu dijauhi oleh semua orang Islam, kerana ia merupakan
dosa. Tegasnya, kurafat adalah amalan atau fahaman atau tingkahlaku atau perbuatan yang
bercanggah dengan akidah dan syariah Islam. Oleh itu kurafat boleh diketagorikan sebagai
ajaran sesat (JAKIM, 2006).
DARI SEGI ISTILAH
Menurut Husin ‘Abdul Wahid, khurafat adalah perkara yang saling bersilih ganti dengan
dongeng yang asasnya tidak wujud. Khurafat adalah merupakan dongeng yang berubah-ubah
yang dikhayalkan dan digambarkan oleh masyarakat sebagai makhluk halus yang boleh
berubah kepada menyerupai sesuatu. Sesuatu gambaran yang dikhayalkan berdasar realiti
semasa atau identiti masyarakat setempat Hai Bin Yaqdzan berpandangan khurafat berlaku
atas sebab manusia yang sifatnya inginkan motivasi dan perlukan kekuatan dalam menjalani
kehidupan. Kompenan yang penting kewujudan khurafat ini adalah dari generasi berpindah
ke generasi seterusnya dengan versi yang sama tetapi ditokok tambah dan penyelewengan
yang semakin berkembang (Hussin ‘Abdul Wahid, 1980).
Manakala Dr Ali Mahfuz, seorang ahli teologi Islam, mendefinisikan khurafat adalah sesuatu
yang tidak dapat diterima oleh akal yang sihat. Orang yang (membawa hal-hal yang bersifat
khurafat biasanya suka memutarbalikkan fakta, memberikan hal-hal yang bersifat dusta dan
menonjolkan hal-hal yang batil (Hussin Abdul Wahid, 1980).
Dari sudut kategori bid’ah pula, keberadaan khurafat adalah sebahagian dari bid’ah yang
diertikan sebagai penambahan kepada apa yang dibenarkan syarak. Penambahan dalam halhal
ibadah disebut bid’ah, manakala dalam kepercayaan (akidah) dinamakan bidah akidah
atau khurafat (H.Djarnawi Hadi Kusuma, t.t.).
Al-Sheikh ‘Ali Mahfuz menjelaskan bid’ah akidah (khurafat) sebagai kepercayaan kepada
sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w. (Ali Mahfuz, t.t) Justeru, setiap
individu perlu memahami secara jelas dan tidak memandang remeh perkara bid’ah agar tidak
terjerumus ke dalam khurafat .
SUMBER : ROGAYAH BINTI CHEK ( 17/09/ 2017 )
No comments:
Post a Comment