Saturday, 16 September 2017

COVER HADAPAN



DUA 6022

PENYIARAN DAN KOMUNIKASI ISLAM

DAD5A

PENSYARAH : USTAZ MARZUKI B. SEPIAAL

NAMA AHLI KUMPULAN :

1. MOHD AIMAN AMALUDDIN B. ZAMRI (15DAD15F1007)
2. MUHAMMAD NIZAM NAZMI B. MOHD NAZRI (15DAD15F1016)
3. MUHAMMAD SYAFIQ ASRAF B. POUZI (15DAD15F1069)
4. MUHAMMAD IZZULLAH RIFQI B. HASRUL NISHAM (15DAD15F1099)
5. MUHAMMAD MUQHRI B. AHMAD NAWAR (15DAD15F1105)
6. MUHAMMAD SYAZWAN B. ABDUL SAMAD (15DAD15F1059)

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN



1. MUKA HADAPAN

2. OBJEKTIF DAN PENGENALAN

3. KONSEP SYIRIK DAN KHURAFAT

4. FAKTOR SYIRIK DAN KHURAFAT

5. KESAN - KESAN SYIRIK DAN KHURAFAT

6. KESIMPULAN

7. RUJUKAN DAN LAMPIRAN 




OBJEKTIF DAN PENGENALAN KEPADA SYIRIK


OBJEKTIF PENULISAN

  • Memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling tentang keburukan mengamalkan khurafat dan syirik.
  • Menjelaskan hukum mengamalkan dan mempercayai amalan khurafat dan syirik dalam kehidupan.
  • Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.




KHURAFAT

DARI SEGI BAHASA

Merujuk kepada etimologi, adalah ternyata khurafat berasal dari bahasa arab kharafayakhrifu-kharfan-khurafatan. Padanan bahasa Inggerisnya merujuk kepada supersition atau supertitio dalam bahasa Latinnya yang membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong dongeng dan tahayul atau sesuatu hal yang tidak masuk akal atau sesuatu yang dusta tetapi menarik (Ensiklopedia Hukum Islam, 1997) atau sesuatu cerita yang dusta tetapi menarik (Ibnu Manzur, 1907). Menurut aspek terminologinya bererti lemah akal kerana ketuaan atau orang yang rosak akalnya sebab nyanyuk kerana terlalu tua (Ibnu Manzur, 1907). Manakala, dalam buku kecil Penjelasan Istilah Yang Boleh Membawa Penyelewengan Akidah, JAKIM 2006, mendefinasikan khurafat ialah cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan pekara dusta, khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang amat bertentangan dengan ajaran Islam. Semua pekara yang berkaitan perlu dijauhi oleh semua orang Islam, kerana ia merupakan dosa. Tegasnya, kurafat adalah amalan atau fahaman atau tingkahlaku atau perbuatan yang bercanggah dengan akidah dan syariah Islam. Oleh itu kurafat boleh diketagorikan sebagai ajaran sesat (JAKIM, 2006).

DARI SEGI ISTILAH

Menurut Husin ‘Abdul Wahid, khurafat adalah perkara yang saling bersilih ganti dengan dongeng yang asasnya tidak wujud. Khurafat adalah merupakan dongeng yang berubah-ubah yang dikhayalkan dan digambarkan oleh masyarakat sebagai makhluk halus yang boleh berubah kepada menyerupai sesuatu. Sesuatu gambaran yang dikhayalkan berdasar realiti semasa atau identiti masyarakat setempat Hai Bin Yaqdzan berpandangan khurafat berlaku atas sebab manusia yang sifatnya inginkan motivasi dan perlukan kekuatan dalam menjalani kehidupan. Kompenan yang penting kewujudan khurafat ini adalah dari generasi berpindah ke generasi seterusnya dengan versi yang sama tetapi ditokok tambah dan penyelewengan yang semakin berkembang (Hussin ‘Abdul Wahid, 1980). Manakala Dr Ali Mahfuz, seorang ahli teologi Islam, mendefinisikan khurafat adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh akal yang sihat. Orang yang (membawa hal-hal yang bersifat khurafat biasanya suka memutarbalikkan fakta, memberikan hal-hal yang bersifat dusta dan menonjolkan hal-hal yang batil (Hussin Abdul Wahid, 1980). Dari sudut kategori bid’ah pula, keberadaan khurafat adalah sebahagian dari bid’ah yang diertikan sebagai penambahan kepada apa yang dibenarkan syarak. Penambahan dalam halhal ibadah disebut bid’ah, manakala dalam kepercayaan (akidah) dinamakan bidah akidah atau khurafat (H.Djarnawi Hadi Kusuma, t.t.). Al-Sheikh ‘Ali Mahfuz menjelaskan bid’ah akidah (khurafat) sebagai kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w. (Ali Mahfuz, t.t) Justeru, setiap individu perlu memahami secara jelas dan tidak memandang remeh perkara bid’ah agar tidak terjerumus ke dalam khurafat .

SUMBER : ROGAYAH BINTI CHEK ( 17/09/ 2017 )

KONSEP SYIRIK DAN KHURAFAT

KONSEP SYIRIK DAN KHURAFAT



DEFINISI SYIRIK

Syirik menurut bahasa berasal dari kata  "syarika" berertinya bersekutu   atau berserikat. Sedangkan menurut istilah ialah Mempersekutukan Allah dengan yang lain atau mempersamakan Allah sebagai pencipta (Al-Khaliq) dengan yang diciptakan (makhluk) baik zat, sifat, kekuasaan dan sebagainya. Syirik adalah suatu dosa yang amat besar dan tidak bisa di ampuni oleh Allah. Maka jelaslah bahawa orang yang mempersekutukan Allah adalah orang yang paling celaka dihadapan Allah.
Seiring manusia terperosok dengan perbuatan syirik, baik di sengaja mahupun tidak disengaja. Manusia berbuat syirik. secara disengaja disebabkan mereka telah mengingkari adanya Allah, mereka dengan sengaja menggantungkan diri kepada kekuatan ghaib selain Allah seperti, kepada syaitan, kepada berhala dan sebagainya.
Ada pula manusia yang mengaku beriman kepada Allah tetapi masih menyakini pula akan kekuasaan lain selain Allah. Keyakinan semacam ini tergolong syirik, walaupun orang itu telah mengerjakan solat untuk menyembah Allah. Apalagi bila dalam kamar rumahnya masih ada patung-patung atau benda-benda yang dipujanya untuk keselamatan agar terhindar dari melepeteka.

          SUMBER : http://www.ilmusaudara.com 



KONSEP KHURAFAT

-PENGERTIAN KHURAFAT

Sumber khurafat (ejaan lama: churafat) adalah dinamisme dan animisme. Dinamisme adalah kepercayaan adanya kekuatan dalam diri manusia, hewan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda, dan kata-kata. Sedangkan Animisme adalah kepercayaan adanya jiwa dan ruh yang dapat mempengaruhi alam manusia

Khurafat diartikan sebagai cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta, atau semua cerita rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantangan, adat-istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam

Khurafat adalah bid’ah dalam bidang akidah, yakni kepercayaan atau keyakinan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Islam. Misalnya, meyakini kuburan orang saleh dapat memberikan berkah, memuja atau memohon kepada makhluk halus (jin), meyakini sebuah benda –tongkat, keris, batu, dll.—memikiki kekuatan ghaib yang bisa diandalkan, dan sebagainya.

Khurafat adalah budaya masyarakat Jahiliyah. Di antara khurafat mereka ialah mempercayai kepada arah burung yang berterbangan, memberi kesan kepada nasib mereka. Masyarakat Jahiliah percaya, jika burung hantu menghinggapi dan berbunyi di atas sesebuah rumah, maka artinya salah seorang dari penghuni rumah itu akan meninggal dunia. Kepercayaan sebegini mengakibatkan penghuni rumah akan berdukacita. 

SUMBER :Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al Fauzan hafidzahullah .

FAKTOR BERLAKUNYA SYIRIK DAN KHURAFAT

FAKTOR KHURAFAT

  
Akidah seseorang yang rosak seperti pergantungan seseorang terhadap sesuatu yang lain selain daripada Allah.Dalam Islam Allah memerintahkan manusia untuk mentauhidkan Allah semata mata. Ini bermakna tiada yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t dalam apajua keadaan.Permohonan kepada sesuatu selain Allah bermakna kita telah menyekutukan Allah yang mengakibatkan kita tergolong dalam fitnah paling besar dan amat ditakuti iaitu mensyirikkan Allah.

Selain itu, pengetahuan luar biasa bomoh dalam hal-hal berkaitan perkara ghaib telah menyebabkan mereka terlalu yakin dengan pengetahuan dan kelebihan yang mereka ada sehingga mengakibatkan masyarakat terperdaya dan meminta pertolongan daripada golongan ini. Sebagai seorang Islam kita wajib meyakini bahawa tiada yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w sendiri tidak memiliki kuasa untuk mendatangkan kemanfaatan kepada dirinya serta tidak berkuasa untuk menolak bahaya kecuali yang dikehendaki Allah s.w.t. jadi bagaimana manusia biasa memiliki kelebihan sedemikian walhal Rasulullah yang bersifat maksum tidak dikurniakan Allah dengan kelebihan itu?

Punca lain ialah, wujudnya perasaan terlalu takut terhadap hantu, jin dan syaitan sehinggakan sanggup memberi salam dan tunduk hormat kepada penunggu setiap kali melalui tempat yang dianggap mempunyai keramat. Ada pula yang memberi pengeras malah memandikan kereta dengan air limau dan jampi mantera semata-mata untuk mengelakkan bala bencana.

Sebagai seorang Islam, sewajibnya kita mendapatkan perlindungan dan berserah diri kepada Allah. Syaitan, binatang buas serta manusia tidak dapat mendatangkan manfaat atau  menimpakan mudarat melainkan dengan izin Allah.

sumber : amalansyirikkhurafattblogspot

FAKTOR SYIRIK


Terdapat tiga sebab utama bagi kemunculan tingkah laku Shirk, iaitu al-jahlu (kejahilan), dha'ful iiman (iman lemah), dan taqliid (mengikut-buta).

1-Al-jahlu perbuatan syirik. Oleh itu masyarakat sebelum kedatangan Islam dipanggil masyarakat yang jahil. Kerana, mereka tidak tahu apa yang betul dan apa yang salah. Dalam keadaan yang penuh dengan kejahilan, orang cenderung melakukan syirik. Oleh itu, semakin ramai orang yang tidak tahu, pastinya kecenderungan melakukan syirik lebih berkuasa. Dan biasanya di tengah-tengah masyarakat yang kurang didikan agama , dukun selalu menjadi rujukan utama. Dan dengan kebodohan mereka, mereka tidak tahu bagaimana menangani masalah yang mereka hadapi. Akhirnya dukun sebagai sumber mereka sangat mulia.

 2-   Dha'ful penerimaan (iman lemah). Seseorang yang imannya lemah cenderung melakukan perbuatan tidak bermoral. Kerana takut akan Tuhan tidak kuat. Kelemahan ketakutan kepada Allahni akan dieksploitasi oleh nafsu untuk mengendalikan diri sendiri. Apabila seseorang dibimbing oleh keinginannya, ia tidak mustahil bahawa dia akan jatuh ke dalam perbuatan syirik seperti memohon pohon besar untuk ingin menjadi kaya, datang ke kubur para penjaga meminta bantuan untuk menjadi presiden yang dipilih, atau sentiasa merujuk kepada dukun untuk penampilan suapaya masih memikat orang ramai.

3- Taqliid (mengikut buta). Al-Qur'an selalu menggambarkan bahawa mereka yang bersekutu dengan Allah selalu memberikan alasan mereka untuk berbuat demikian kerana mereka mengikuti jejak langkah nenek moyang mereka. Allah berfirman, "Dan apabila mereka melakukan kejahatan, mereka berkata, 'Kami mendapati nenek moyang kami melakukan hal-hal demikian, dan Allah memerintahkan kami untuk melakukannya.' Katakanlah: "Allah tidak memerintahkan perbuatan-perbuatan yang keji." kepada Tuhan apa yang kamu tidak tahu? "[QS. Al-A'raf (7): 28]



KESAN-KESAN SYIRIK DAN KHURAFAT

KESAN SYIRIK DAN KHURAFAT: 

 MASYARAKAT masakini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses belajar. Antara kesan negatif amalan syirik ini adalah boleh merosakkan akidah umat Islam, menimbulkan syirik dan unsur khurafat dalam diri penonton, melemahkan iman seseorang dan memesongkan seseorang dari ajaran Islam. Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem berunsur hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak sendiri. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak terutamanya. Ditakuti juga mereka ini akan mudah terpengaruh , Perasaan takut mereka itu dibimbangi kerana mereka lebih takut kepada hantu-hantu daripada Allah s.w.t. Firman Allah Taala dalam Al-Quran, يا بني آدم لا يفتننكم الشيطانكما أخرج أبويكم من الجنة ينزع عنهما لباسهما ليريهما سوآتهما إنه يراكم هو وقبيله من حيث لا ترونهم إنا جعلنا الشياطين أولياء للذين لا يؤمنون “Wahai anak Adam! Janganlah engkau diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian merka berdua untuk memperlihatkan aurat merka kepada mereka (yang sebelum itu tertutup) Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman” Di sini dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak punca dan akibat yang diperolehi daripada filem yang berunsur khurafat terutama perfileman di Malaysia ini. Semakin hari semakin meningkat permintaan dalam penghasilan filem yang berunsurkan khurafat ini, oleh itu, perkara ini perlulah dipandang berat oleh pihak berkuasa, masyarakat dan setiap individu terutamanya yang beragama Islam. Hal ini demikian kerana perfileman yang berunsur khurafat ini perlu dikawal dan ditapis bagi memastikan keselamatan dan imej umat Islam terjamin.


KESIMPULAN

KESIMPULAN

 Secara rumusannya, kami telah peroleh pelbagai pengajaran dan pengetahuan yang baik daripada kajian ini. Antara pengajaran yang kami peroleh ialah sebagai umat Islam, kita diwajibkan bertawakal dan hanya bergantung kepada Allah selepas berusaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekara yang dihajati. Terutama sekali dalam melakukan tugas-tugas harian sebagai khalifah di bumi ini ,Di samping itu, kita hendaklah percaya bahawa meminta bantuan kepada makhluk lain selain Allah seperti jin dan syaitan akan memberikan kesan yang memudaratkan dan bukannya memperoleh manfaat dari apa yang diminta. Hal ini kerana tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah malah tindakan ini akan mengakibatkan pemikiran umat islam terbelenggu dalam akidah sesat , Akhir sekali, kita haruslah berpegang teguh dengan ajaran agama Islam dan juga sentiasa memahami dan mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah bagi mengelakkan amalan khurafat ini terus berleluasa dalam kalangan masyarakat khusunya masyarakat Islam kita sendiri. Sebagai khalifah di bumi, kita juga sentiasa dituntut untuk sentiasa taat segala perintah dan meninggalkan segala-Nya, apatah lagi jika perbuatan kita itu berunsurkan khurafat.

RUJUKAN :http://mykesanamalankhurafat.blogspot.my

RUJUKAN DAN LAMPIRAN

RUJUKAN DAN LAMPIRAN






  1. SUMBER : http://www.ilmusaudara.com (9 OKT 17)
  2. SUMBER : ROGAYAH BINTI CHEK ( 17/09/ 2017 )
  3. SUMBER :Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al Fauzan hafidzahullah .


LAMPIRAN



COVER HADAPAN

DUA 6022 PENYIARAN DAN KOMUNIKASI ISLAM DAD5A PENSYARAH : USTAZ MARZUKI B. SEPIAAL NAMA AHLI KUMPULAN : 1. MOHD AIM...